Kenapa Simpan Emas?



aku jenis yg boros, ade duit, pantang nak guna, ade jualan murah, pantang membeli, walaupun tiada keperluan. yg membuatkan aku memandang dunia logam bernilai ialah iklan nubex kat fb. masa tu, tgh jualan sempena sukan sea. tu first time aku beli perak & emas 1g brand pamp. sejak drpd tu, aku berazam nak simpan 1g sebulan. sebelum tu, aku ade la bace bebrapa sharing kat fb tentang simpanan emas, pros & cons nye. kalau berminat, korang boleh join group jom emas 2 kat fb. kat situ aktif jualan logam² bernilai. korang boleh tanye je ape² yg korang tak tau & nak tau dalam tu. dalam tu ramai yg sifu² & otai² belaka.

elaun masuk, hal pertama aku akan fikir ialah utk beli emas. biasenye lebih separuh aku habiskan utk emas. ade satu quote, aku lupa siape yg cakap, lebih kurang maksudnye : kalau aku tak tau ape nak buat dgn duit (tak pandai labur, kembangkan), aku akan beli emas. bila aku beli emas, duit hampir kering, automatik aku akan rasa miskin, aku perlu berpada-pada dlm berbelanja. emas yg ade menjadi simpanan yg dilupakan.

emas adalah mudah cair (liquidity). cair kat sini bermaksud mudah dijual, sentiasa ade nilai. kita boleh jual emas pada bila² & di mana². kita merantau membawa emas, boleh je kalau nak jual di kedai² emas / berkaitan. kita naik mesin masa & pergi ke 1000 tahun yg lalu (mustahil), masih boleh dijual emas yg ade. contoh benda yg tidak mudah cair ialah telefon bimbit (hp). ia mungkin dijual laku sekarang, tetapi tiada nilai pada 10 tahun yg mendatang kecuali kalau ia memiliki ciri yg unik (nokia 3310).



harga emas sentiasa naik? kenyataan ni aku kurang setuju, & bukan sebab aku simpan emas. buat masa ni, boleh aku katakan, harga emas masih maintain, tak naik & tak turun. tapi nilai emas tetap sama. kat atas tadi cerita mengenai liquidity, kali ni mengenai value. contoh, harga nokia 3310 tinggi pada awal pelancaran, kemudiannya boleh didapati dgn harga bawah rm100 pada hari ini. contoh lain ialah fiat (wang kertas). rm50 kat pasaraya boleh buat bukit dalam troli suata masa dulu, tapi tidak sampai separuh pada hari ini. nasi lemak 50sen jadi hampir rm3/+. emas pula mampu membeli seekor kambing pada zaman rasulullah & masih sama sehingga kini. emas tiada susut nilai & meningkatkan kuasa membeli.




setakat ni, ini je yg tersembul drpd fikiran. faktor² ni mungkin pros semuanye, tapi ade cons nye dalam aspek yg lain. korang ade idea lain tentang pros & cons dalam dunia logam bernilai (precious metal)? dialukan utk share kat ruangan komen di bawah 👇👇👇

Comments

Popular Posts