ADA APA DENGAN EMAS?

Pertama sekali, terima kasih sudi melawat blog aku ni. Ni merupakan post pertama aku & aku nak kongsikan pasal emas & perak. Aku pilih tajuk ni sebab sekarang harga emas tgh turun. 😋


Apa itu emas & perak? EMAS ialah unsur kimia dgn simbol Au (merujuk kpd aurum) & nombor atom 79. Emas yg paling tulen sgt berkilat, berwarna kekuningan, padat, mulur & mudah lentur. Secara kimia, emas adalah logam peralihan dalam kumpulan 11 kala 6. Emas merupakan unsur kimia yg sgt kurang reaktif (sukar bertindak balas)¹. PERAK pula ialah unsur kimia dgn simbol Ag (merujuk kpd argentum) & nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilat. Kebanyakan perak dihasilkan sbg biproduk (campuran dua unsur) spt dgn tembaga, emas, plumbum & zink. Sama spt emas, perak juga merupakan logam peralihan dalam kumpulan 11 kala 5. Kedua unsur ini mempunyai ciri yg sama kerana berada dalam kumpulan yg sama dalam Jadual Unsur Berkala².


Seterusnya, kenapa emas BERNILAI? Di sini saya nyatakan 5 sebab emas mempunyai nilai yg tinggi³. PERTAMA, sifat kimia emas. Pada awal peradaban manusia, sistem barter sering digunakan dalam jual beli. Seiring kemajuan yg berlaku, keperluan sistem wang yg selaras juga berkembang. Hampir semua benda boleh digunakan sbg wang. Sangat susah apabila pertukaran nilai wang tidak diperakui oleh orang lain. Ribuan tahun berlalu & emas muncul sbg bentuk wang yg terbaik. Mungkin ada yg pelik, kenapa sifat kimia emas dilihat unggul berbanding logam lain? Apabila logam lain dibandingkan emas :
• Perak lebih byk digunakan dalam perindustrian
• Tembaga lebih byk & mengkonduksi elektrik lebih baik
• Platinum & paladium lebih jarang dijumpai
Jadi, apa sebabnya? Secara kimia, emas lebih bernilai kerana tidak boleh dimusnahkan oleh :
• air (emas tidak boleh berkarat)
• masa (sentiasa diiktiraf sepanjang zaman)
• api (takat lebur emas 1945.4° F)
Emas juga tidak memerlukan :
• makanan (spt haiwan ternakan)
• pembajaan (spt tumbuhan)
• penyelenggaraan (spt perkakas elektrik)
Sbg logam, emas sgt unik kerana :
• mudah lentur
• mulur (regang tidak hancur)
• cantik (tanya perempuan)
• sgt jarang (kesemua emas yg dijumpai hanya boleh memenuhi dua kolam renang Olimpik)

Sebab KEDUA, emas sgt menarik sepanjang masa. Drpd 118 unsur dalam Jadual Berkala, emas dipertikai sbg yg paling menawan pada mata manusia. Keunggulan emas tidak berubah. Firaun Mesir melihat emas cantik & menarik sama spt manusia pada hari ini.


Sebab KETIGA ialah sejarah emas itu sendiri. Mari kita meneliti merentas masa utk gambaran yg lebih jelas. Melihat bagaimana "kuasa beli" emas bertahan :
• Pada 400 SM, semasa pemerintahan Raja Nebuchadnezzar, kajian menemui bahawa 1 auns (oz) emas boleh membeli 350 buku roti. Hari ini, 1 auns juga boleh membeli 350 buku roti.
• Pada 1978, purata harga emas ialah $1266/oz & median harga rumah baru di US ialah 290 auns emas. Pada 2014, purata harga emas ialah $1266/oz & median harga rumah baru di US hanya 225 auns. Lebihan 65 auns boleh membeli "ground pool" dan juga kereta mewah. Emas bukan shj bertahan dgn nilainya, malah menambah kuasa membeli.


Sebab KEEMPAT, tiada risiko rakan niaga. Bab ni aku tak faham sgt. So aku copy paste.
Gold is the only financial asset that is not simultaneously someone else's liability. Gold doesn’t require the backing of any bank, government, or brokerage firm. Gold cannot suffer a default or its value fall to zero. No counterparty risk means that once you have physical gold in your possession, you don’t depend on someone else to fulfill a contract or keep a promise for it to retain its value. Stocks, bonds, ETFs... essentially all paper assets require another party to make good on their end of the deal. Not so with a gold coin in your hand. Keep that in mind the next time you have any doubts about gold’s long-term value.


Sebab KELIMA & terakhir ialah kelebihannya dalam kewangan.
Emas tiada :
• had masa
• jangka hayat (tidak berkarat)
• risiko rakan niaga
Sbg wang, emas adalah :
• cair (mudah ditukarkan kpd wang)
• mudah alih (boleh bawa $50,000 dalam tiub koin kecil)
• boleh dibahagi (harga berlian berubah apabila dibahagi)
• tahan lama
• konsisten
• Mudah (tembaga yg sama nilai boleh jadi sgt besar & berat)
• Padat dgn nilai (nilai yg tinggi dalam kuantiti yg kecil)
• Peribadi & sulit (you control who knows you own it)
Emas tidak boleh :
• dicetak
• dipalsukan (boleh cuba, tetapi sentiasa dikesan oleh teknologi)
• diinflasi (tidak boleh dihasilkan semula sesuka hati oleh bank pusat)
Emas bernilai kerana mempunyai nilai intrinsik yg tiada pada aset lain.

Kesimpulannya, simpanlah emas dari sekarang. Kesannya memang tak nampak sekarang. Contoh mudah, tahun aku lahir (1998), harga emas 1 gram bawah RM50. Tahun ni 2017, harga 1 gram emas RM170/++. Kenaikan 400%++ ! Nampak tak permainannya di situ? Post seterusnya MUNGKIN berkaitan emas lagi. MUNGKIN ya & mungkin tak. Apapun, just WAIT for my next post. 😎




Rujukan :
¹https://en.m.wikipedia.org/wiki/Gold
²https://en.m.wikipedia.org/wiki/Silver
³https://www.hardassetsalliance.com/blog/why-is-gold-valuable-the-5-reasons-most-investors-overlook#

Comments

Popular Posts